Yeah yeah yeah. at last i finish my year as a student in uniten. Perasaan memang gembira x terkata. 1 word yg tidak boleh dilupakan ialah after my presentation yesterday when all my panel say that "anda lulus". Fuhhh mmg mencabar present final year project!.

Yesterday start dengan perasaan yg berdebar-debar yg x terkata. X pernah aq rasa perasaan cuak yg teramat sepanjang nk present. Dengan project aq yg nyawa-nyawa ikan mmg rasa nk pengsan pn ada. Hari isnin jumpa Pn.Aliza nk tanya pendapat tentang project aq yg pada mula nyer aq rasa dah complete. Then dapat feedback dari dia kena tambah macam-macam. So mmg hari tu aq rasa cuak sampai nk pengsan pn ada lagi2 tinggal satu hari nk present. Memang hari tu aq x tido satu hari menghadap laptop sampai hari presentation. Yang x boleh belah malam tu, aq masak air igt nk buat coffee, tapi akhirnye aq telah masak cerek tu sebab lupa nk tutup api boleh pulak cerek tu x berbunyi bila dah masak menambahkan tension aq je malam tu nasib x terbakar rumah =p.

Berbalik kepada project, malam tu mmg tension, nk tambah function tapi x reti, dah la internet x ada malam tu lagi la susah nk buat, pastu buat sorang-sorang, nasib baik lah kucing-kucing yg aq yg setia ada menemani aq malam tu. Dah dalam pukul 4 macam tu baru lah aq ada idea untuk buat function yg aq pening sgt nk buat dan memang berbaloi aq x tido sebab function tu lah yg menyelamatkan aq. Buat punya buat sampai pukul 6 pagi terus mandi dan sembahyang subuh dan sambung balik lepas tu. Bersiap-siap lebih kurang 10 minit dengan pakaian yg formal(dah lama gila x pakai formal siap ngan tai). Kol 7 pagi keluar dari rumah dan terus menghantar ibu kesayangan ku ke tempat kerja. Dengan berkat dan doa ibuku aq pun terus ke Uniten.

Dalam pukul 8 aq telah sampai ke COIT dan berjumpa dengan rakan seperjuangan ku Herman. Kemudian kami pun terus ke lab dimana presentation ku akan berlansung. Dah masuk kat dalam tu jantung mmg bergerak pantas seperti kereta F1 memecut dengan full speed. Dalam lab aq pn sambung lagi buat project aq(kemaskini apa yg patut). Dalam pukul 9 2 panel aq pn sampai iaitu Pn Aliza dan Dr Dalbir. Fuh nampak je dorang masuk x yah nk citer jantung bergerak pantas, rasa mcm x de jantung pn ada. Dlm pukul 9.15 sorang dari panel terahir aq x datang dan digantikan dengan panel ganti iaitu Pn Rina. Mmg itu yg aq harapkan sebab aq dengan rina mcm rapat sikit. Lepas je ketiga-tiga panel masuk, boleh pulak budak yg sepatutnya present first x dtg. So terpaksa lah aq jadi orang yg pertama. Fuh terbaik, aq dah la harap nk tgk org lain present dulu, last2 kena pulak present first adoii. Aq dengan tidak rela pn pergi untuk present project ku.

Start project aq dengan power point slide mmg berjalan lancar sambil bercakap agak tergagap skit sebab cuak punya pasal. Dah abis present power point slide sampai lah masa nyer untuk demo project!. Aq dengan tangan mengeletar pun menekan2 semua function-function aq yg ada. Mmg cuak gila lagi2 bila panel dah start membuka mulut. Pertanyaan bertali arus, aq semua soalan pn dengan keadaan was-was. Pn Aliza dengan Dr dablir tanya aq soalan-soalan membunuh dan nasib baiklah aq dapat mengelak dengan baik. Aq rasa cuak gila bila diaorg cakap awak punya project ni terlalu simple sangat (time tu aq rasa mcm dah nk fail je rasa nk pengsan woo). Boleh pulak diaorg tanya aq berapa lama awak siapkan project ni, so aq pn jawab yg aq mengambil masa lebih kurang 2 minggu je utk siapkan project ni. Alasan terbaik aq kasi ialah hard disk laptop aq crash, so backup semua hilang dan boleh pulak dia balas bagus alasan awak tu!. Then panel pn suruh aq keluar sementara utk discuss tentang result aq. Then lepas seketika mereka pun memanggil aq masuk semula, time yg ditunggu-tunggu sudah tiba and the best part is bila aq dengar kata-kata yg mengatakan aq LULUS. Syukur alhamdullilah perasaan gembira yg x terhingga, rasa mcm nk lompat2 pn ada, nk baling laptop pn ada. And that it, the best day i ever had =D.

Thanks kepada kawan-kawan yg menyokong aq dan tidak lupa juga kat supervisor aq walaupun aq x jumpa dia utk tunjuk final project aq sebelum present. PUAS PUAS dah letih den mengarang so now mari kita enjoy!. And x dilupakan tahniah kepada kawan-kawan ku yg turut berjaya. Bye!. ____________________________________________________________________________

0 comments: