Menipu utk kebaikan?boleh diterima?

Penipu, menipu, tertipu semuanya berkait antara satu sama lain. Tak kiralah kalau tipu sunat ke, tipu untuk tidak menyakitkan hati orang, tipu untuk bangga diri atau tipu untuk selamatkan diri sendiri dan ada juga yg menipu secara tidak disengajakan. Tapi kebanyakan dari kita lebih suka menggunakan alasan ‘tipu sunat’ untuk menampakkan ‘penipuan’ tu suatu yang membawa kebaikan.

Bagi sesetengah orang menipu untuk kebaikan itu tak salah. Tapi betulkan benda yang anda tipu itu benar-benar untuk kebaikan?(lu pikirla sendiri). Memang nk dikatakan semua orang pernah menipu kalo ada yang kata x tu memang dia penipu la tu, dan memang aq pun pernah jugak menipu. Tapi kalo difikirkan balik kita menipu untuk kebaikan tu salah ke? Contohnya menipu untuk tidak mahu menyakit hati seseorang. Untuk jaga hati orang lain. Memang kebanyakan untuk jaga hati kawan-kawan terutamanya supaya mereka tidak terasa dan sebagainya. Seperti pepatah juga ada mengatakan kebenaran itu kadang-kadang menyakitkan. Sebabnya aq pernah experience ada seketika dulu bila aq cakap benda yang jujur dengan si A nih, telah timbul perasaan marah terhadap aq yg boleh dikatakan sampai skarang x bertegur dan dah macam musuh ketat. So serba salah dibuatnya tipu salah, x tipu pn salah jugak.
So disebabkan benda2 mcam ni aq dah lebih berhati-hati dan kadang-kadang tu terpaksa la jugak menipu.

Tapi janganlah pulak kita selalu menipu, ye la bila dah selalu tu akan jadi kebiasaan nanti. Tapi aq rasa menipu ni kadang-kadang diperlukan untuk waktu-waktu tertentu. Namun kejujuran itu juga penting sebab kadang-kadang penipuan itu juga boleh menyakitkan hati orang yang ditipu. So mintak maaflah kepada sesiapa yang mungkin telah ditipu oleh saya, sebab ada kalanya ia hanyalah untuk kebaikan dan mengelakan salah faham.


____________________________________________________________________________

2 comments:

Azma Alina said...

ah tade..tipu tetap tipu.. nk buat ape pon rujuk je alquran dan hadis.
ada ke istilah tipu sunat dlm tu.. :P

azag said...

hahaha.
memang x de la.
ni hanya dunia.
hahaha.
benda ni mmg biasa dah berlaku.
ko x kan x penah alami kot.
=D.
hanya opinion