Gaji Gaji Gaji

Assalamualaikum dan Salam sejahtera kepada smua yang sudi membaca blog ini. Sesudah agak lama tidak aku coretkan diruangan blog ini sebab sibuk sikit dengan kerja2 aku. So arini aku nk citer sikit, kesempatan yg diambil oleh pekerja2 berhemah seperti aku ketika mendapat gaji pertama aku sebagai seorang programmer setelah penat memerah otak dihadapan laptop aku. Hari ini aku diarahkan mengambil gaji aku di HQ syarikat aku berkerja yang terletak di Kuala Lumpur berhampiran KLCC. Untuk pengetahuan umum aku ditempatkan untuk berkerja di Bangunan Tani di Putrajaya. So pagi2 lagi bersamaan dengan pukul 7.15 aku bertolak keluar dengan mak aku sebab mak aku berkerja di Kuala Lumpur juga. Aku menumpang sementara di Office tempat mak aku berkerja dikala menunggu sahabat aku aiman yang akan datang pada pukul 9 seperti yang dirancang (mmg nk lambat masuk keje =D). So pada pukul 9 pagi aku pun bertolak menunggu aiman di hadapan Avenue K. Sambil2 tunggu member aku sampai aku terlihat seorang awek cun berbaju pink berseorangan. Terasa hendak menegur dia tetapi secara kebetulan aiman pula sudah tiba so niat aku terbatal disitu =[(x de jodoh). So kitaorg pn meneruskan perjalanan ke haluan sebenar iaitu mengambil gaji setelah agak lewat juga tarikh diaorg nih kasi gaji. Kemudian kitaorg sampai ke HQ dan mengambil gaji yang berbentuk check yang bernilai ***0.

Aku kemudian singgah untuk menemani aiman yang belom bersarapan di kedai mamak berdekatan dengan tempat kami mengambil gaji. Then kitaorg trus ke KLCC untuk mendepositkan check kami yang akan menjadi tunai lebih kurng 3 hari(lama lama x tahan nk berlanja dah ni). Setelah mendepositkan check kami di CIMB bank kami terasa hari seperti masih awal iaitu pukul 10.30 dan adalah tidak patut untuk kami utk bergegas kembali ke tempat kerja =D. So kitaorg pn berjalan2 mencari awek2 cun di KLCC. Lebih kurang pukul 11.15 kitaorg pn bergerak pulang ke pejabat untuk kembali berkerja. Kan bagus ari2 camni masuk kol 12 ke..hehe ____________________________________________________________________________

0 comments: